Khamis, 12 Mei 2011

Berdoa

Ayat untuk hari ini :
الدُّعَاءُ سِلاَحُ المُؤْمِنِ
Addua’aa silaahulmukmin
Maknanya : Doa itu merupakan senjata bagi orang yang beriman
Terjemahan perkataan :
الدُّعَاءُ  - doa
 سِلاَحُ  - senjata
المُؤْمِنِ - orang beriman
Doa adalah senjata bagi setiap orang yang beriman. Kita disuruh untuk berdoa kepada Allah setiap masa kerana Allah sahajalah tempat untuk kita meminta pertolongan. Kita juga perlu menjaga adab ketika berdoa. Doa yang dilakukan dengan adab yang betul akan mudah diperkenankan oleh Allah. Tetapi kita juga harus ingat bahawa kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada doa, sebaliknya ia juga perlu disertai dengan usaha yang gigih dan bertawakkal kepada Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan