Selasa, 7 Jun 2011

ال (alif lam qamariah dan syamsiah)

(1) Penambahan ال di dalam sesuatu perkataan (isim – nama) akan membawa makna ‘itu’.
Maka, jika diterjemahkan:
contoh:
بـَـيـْتٌ = rumah
الـْـبـَـيـْـتُ = rumah itu
(2) Ada terdapat 28 huruf hija’iyyah;
(2.i) 14 huruf tergolong di dalam huruf alif lam (ال) Qamariah. Tandanya ialah baris sukun @ mati ( ْ ) pada huruf lam.
(2.ii) 14 huruf tergolong di dalam huruf alif lam (ال) Syamsiah. Tandanya ialah baris syaddah @ sabdu ( ّ ) pada huruf selepas lam, manakala huruf lam pula tiada apa-apa baris.
(3) Seterusnya cuba perhatikan contoh alif lam Syamsiah berikut ini:
al-najmu –> an-najmu
al-rajulu –> ar-rajulu
al-diku –> ad-diku
al-samaku –> as-samaku
(Sila rujuk jadual yang tertera di atas)
(4) اَ لـْــبـَــيـْــت ُ + وَ = وَا لـْــبـَـيـْــتُ
al-baitu + wa = wal-baitu
wal-baitu (betul)
wa al-baitu (kurang tepat)
(huruf alif yang bertanda ص kecil di atasnya itu digelar sebagai ‘ hamzah wasal iaitu:

–> Huruf alif akan dibaca seolah-olah berbaris di atas (fathah) sekiranya terletak pada awal ayat.

–> Sebaliknya tidak berbaris apa-apa jika berada pada pertengahan ayat sekalipun hanya didahului oleh huruf wau (وَ) yang bermakna ‘dan’.
*** Tanda hamzah wasal banyak terdapat di dalam Al-Qur’an, tetapi setakat ini saya belum menjumpai key board yang mempunyai tanda ini.
(5) Contoh ayat:
الـْــقـَــلـَـمُ مـَــكـــسـُــورٌ – Pen itu patah. (dibaca; Al-qolamu maksuurun)
الـْــبـَــابُ مـَــفـْــتـُــوحٌ – Pintu itu terbuka. (dibaca; Al-baabu maftuuhun)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan