Khat Islam, secara tidak rasmi dikenali sebagai khat Arab, adalah amalan artis penulisan, atau seni khat, dan secara tambahan, berkait dengan penjilidan, di kawasan yang berkongsi warisan kebudayaan Islam yang sama. Bentuk kesenian ini berasaskan tulisan Arab, yang untuk tempoh yang lama digunakan oleh semua Muslim dalam bahasa masing-masing. Mereka menggunakannya bagi mewakili Tuhan kerana mereka menolak melambangkan Tuhan menggunakan gambar.Seni khat amat dihargai dikalangan seni Islam kerana ia merupakan cara utama mengekalkan Al Quran. Syak terhadap seni gambaran sebagai taghut dan penyembahan mendorong kepada seni khat dan gambaran abstrak menjadi bentuk gambaran kesenian utama dalam kebudayaan Islam, terutama dari segi konteks keugamaan. Karya pakar khat dikumpul dan dihargai.
Seni khat orang-orang Arab, Parsi, dan Empayar Othman dikaitkan dengan motif abstrak arabesque pada dinding dan siling masjid dan juga pada kitab. Artis semasa dalam dunia Islam memetik warisan khat untuk menulis khat atau abstrak dalam hasil karya mereka.
Kadar huruf berlainan berdasarkan huruf 'Alif, satu garis tegak ringkas.
Hijazi adalah skrip melengkung, mudah, biasanya tanpa tanda atas bawah diacritical. Hijazi biasanya digunakan antara akhir abad ke-7 dan abad ke-8. Ia terdapat pada Al-Quran pertama dan juga pada ukiran batu.
Kufi adalah gaya lebih geometrik dan jelas, dengan rima jelas dan penekanan pada garis melintang. Vowel kadang-kala ditanda dengan titik merah; konsonen dibezakan dengan sengkang kecil bagi menjadikan teks lebih mudah dibaca. Sejumlah Al-Quran ditulis dalam gaya ini dijumpai di Masjid di Kairouan, di Tunisia. tulisan Kufi juga wujud pada syiling silam.
Skrip Maghribi dan variasi Andalusi adalah bentuk versi Kufi yang kurang kaku, dengan lebih lengkungan.
Bagi menulis Al-Quran dan dokumen lain, Kufi akhirnya digantikan dengan skrip melengkung. Ia kekal bagi tujuan hiasan:
- Dalam "Kufi berbunga", huruf geometrik kurus dikaitkan dengan unsur gaya tumbuhan.
- Dalam "Kufi geometrik", hurud diatur dalam pola dua dimensi, rumit, sebagai contoh memenuhi segi empat. Ia bertujuan sebagai hiasan dan bukannya untuk dibaca.
Gaya melengkung muncul pada abad ke-10. Ia lebih mudah ditulis dan dibaca They were easier to write and read and soon replaced the earlier geometric style, except for decorative purposes.
Skrip melengkung enam yang diterima rasmi (al-aqlam al-sittah) dipelopori oleh Ibn Muqla (d. 939) dan kemudiannya diperhalusi oleh penggantinya Ibn al-Bawwab (d. 1022) dan Yaqut al-Mustacsimi (d. 1298). Skrip Naskh merupakan yang paling meluas digunakan dalam Al-Quran, pengistiharan rasmi, dan perhubungan peribadi. Teks silam yang menyenaraikan enam gaya ini biasanya tidak memberikan contoh. Oleh itu ia adalah sukar untuk membezakan gaya-gaya ini.
- Skrip Naskh atau naskhi adalah penulisan melengkung mudah yang digunakan dalam perutusan sebelum pakar khat mula menggunakannya bagi penulisan Al-Quran. Ia adalah langsing dan lentur, tanpa sebarang penekanan tertentu, dan amat mudah dibaca. Ia kekal bertahan dikalangan gaya yang tersebar luas.
- Thuluth adalah gaya penulisan bertenaga dan memuncak, dengan memanjang menegak. Ia digunakan secara esklusif oleh Mamluks semasa abad ke-14-15.
- Tawqi' muncul di bawah khalifah Abbasiyah, apabila ia digunakan bagi menanda akta rasmi. Dengan tegak memanjang dan lengkuk yang luas di bawah garis tulis, skrip ini kekal jarang digunakan.
- Riqa' adalah versi mini bagi tawqi', juga jarang digunakan.
- Muhaqqaq adalah skrip penuh, sedar. Akhir huruf biasanya panjang dan lengkungannya mengaris di bawah teks.
- Rayhani adalah versi mini bagi muhaqqaq.
Kadar huruf berlainan berdasarkan huruf 'Alif, satu garis tegak ringkas.
Dari abad ke-14 seterusnya, gaya melengkung lain mula digunakan di wilayah Turki dan Parsi.
Nasta'liq adalah gaya melengkung yang dibangunkan dalam dunia parsi. Nasta'liq bererti "tergantung", yang merupakan gambaran baik mengenai cara setiap huruf dalam perkataan tergantung dari huruf sebelumnya, contoh. lebih rendah dan bukannya pada tahap yang sama.
Skrip Diwani adalag gaya melengkung khat Arab yang berkembang semasa pemerintahan awal Empayar Ottoman Turki (abad ke-16 dan awal abad ke-17). Ia dicipta oleh Housam Roumi dan mencapai kemuncak popularnya di bawah Sulaiman I Agung (1520–66). Sebagai hiasan ia berhubung, Diwani dibezakan dengan kerumitan pada garis dalam huruf dan jarak dekat huruf dalam perkataan. Satu variasi Diwani, Diwani Al Jali, berciri banyak tanda baris dan hiasan.
Skrip Bihari digunakan di India semasa abad ke-15.
Skrip biasa bagi kegunaan harian adalah Ruq'ah (juga dikenali sebagai Riq'a). Mudah dan senang ditulis, pergerakannya sedikit tanpa banyak penambahan. Ia merupakan yang paling biasa dilihat. Ia dianggap selangkah tinggi dari skrip Naskh di mana kanak-kanak pertama kali di ajar. Dalam gred berikut, mereka diperkenalkan kepada Ruq'ah.
Di China, bentuk seni khat dikenali skrip Sini telah berkembang. Bentuk ini menunjukkan bukti pengaruh seni khat Cina, menggunakan berus bulu ekor kuda dan bukannya pen batang rid ("reed"). Ahli penulis khat moden dalam tradisi ini adalah Haji Noor Deen Mi Guangjiang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan