Perkataan bahasa Arab terbahagi kepada 3 bahagian:
# Kata nama اسم
# Kata kerja فعل
# Huruf حرف
Kata Nama اسم
Ia adalah setiap perkataan yang menunjukkan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda tidak bernyawa, tempat, masa, sifat dan makna yang tidak dipengaruhi (tidak terikat) oleh masa.
Contohnya: رجل, أسد , زهرة , حائط , القاهرة , شهر , نظيف , استقلال
Kata nama dapat dikenali dengan beberapa ciri berikut:
1. Perkataan tersebut diakhiri dengan tanda tanwin.
Contoh: رجلٌ
2. Perkataan tersebut mempunyai alif dan lam.
Contoh: الرجل
3. Sebelum perkataan tersebut, terdapat kata sendi ‘kata seru’ di awalnya.
Contoh: يا رجلُ
4. Sebelum perkataan tersebut, terdapat kata sendi atau sandaran.
Contoh: على الشجرة ، غصن الشجرة
5. Perkataan tersebut mengkhabarkan mengenainya.
Contoh: الكتاب مفيد
Kata Kerja(الفعل)
Setiap perkataan yang menunjukkan berlakunya sesuatu perkara pada masa yang tertentu.
Contoh: كتب – يكتب – أكتب
Ia dapat dikenali dengan beberapa ciri berikut:
1. Perkataan tersebut bersambung dengan ‘ta faail’ تاء الفاعل
Contoh: كتبتُ – سكرتَ
2. Perkataan tersebut bersambung dengan ‘ta ta’nith’ تاء التأنث
Contoh: كتبتْ – تكتب
3. Perkataan tersebut bersambung dengan ‘ya’ mukhatabah’ ياء المخاطبة
Contoh: تكتبِين – أشكرِي
4. Perkataan tersebut bersambung dengan ‘nun taukid’ نون التوكيد
Contoh:ليكتنَّ – أشكرنَّ
Huruf
Iaitu setiap perkataan yang tidak memberi makna melainkan ia bergabung dengan perkataan lain.
Contoh: في – أن – - هل – لم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan