Khamis, 24 Februari 2011

BAHASA ARAB

Bahasa Arab (Lughah Arabiah) mempunyai banyak cabang-cabangnya. Antaranya ialah Nahu dan sorof itu sendiri. Dan kedua-dua subjek inilah yang menjadi tunggak utama bahasa Arab. 




Isikandungan Nahu dan Sorof Isikandungan nahu adalah sebagai berikut (asas): 

1. Jumlah dan kalimat serta pembahagiannya 2. Mabni dan Mu’rab – Bina’ dan I’rob 3. Kalimah-kalimah yang di rafa’kan (arab eja= ra’-fa’ -`ain) 4. Kalimah-kalimah yang di nasabkan 5. Kalimah-kalimah yang di jazamkan 6. Kalimah-kalimah yang di jarkan 

Keenam-enam (lebihkurang) tajuk besar ini ada dimuatkan di dalam sebuat kitab yang sangat baik serta banyak digunakan hingga kini, iaitu kitab – Matan al-Jurimiyah. Dahulu, kitab ini telah dijadikan teks asas mana-mana pusat pengajian Islam. Malahan, mereka diwajibkan menghafaznya. Saya kira untuk menghafaznya memerlukan masa dalam 2 atau tiga hari atau kurang. Kerana bagusnya kitab ini, sehingga telah tersebar kata-kata berikut: 

"Barangsiapa yang menghafaz matan al-Jurumiah, wajib alim."
 


Untuk subjek sorof pula ialah antara isikandungannya ialah: 

  • Menghafaz dan memahami pecahah kalimah-kalimah arab
Gambaran Mudah 


Apa itu Nahu dan Sorof? 

Nahu:

Kita lihat kalimah-kalimah arab, dan perhatikan baris akhirnya… Perkataannya sama tetapi pada suatu tempat kita lihat huruf akhirnya berbaris atas (fathah), pada ketika lain ia berbaris bawah dan seterusnya.. 

Contoh: 

Lihat huruf akhir kalimah Muhamad pada tiga contoh di bawah: 



  1. ZAHABA MUHAMMADU
  2. DARABA HASANUN MUHAMMADAN
  3. AKHAZAHU FARIDU MIN MUHAMMADIN





Baris akhir dari dua lafaz dari tiga contoh di atas bukan boleh di baris sembarangan. Ada peraturan dan undang-undangnya. Kalau ia berada dalam keadaan ini, mesti dibaris depan, kalau dalam keadaan yang lain hendaklah dibaris atas.. .Begitulah seterusnya.

Bagaimana cara hendak mengetahui keadaan-keadaan tersebut? Keadaan bagaimana ia perlu dibaris depan, atas dan bawah atau mati (sukun)? Ya.. Di sinilah perlu kita mempelajari ilmu Nahu. Di dalamnya kita akan mempelajari peraturan-peraturan membariskan baris akhir…



Di bawah ini saya berikan contoh asas peraturan itu, di mana saudara-saudara akan mendapati bahawa nahu itu amat mudah. Semua orang boleh memahaminya:

Kita lihat kembali contoh di atas:

Contoh 1:
Muhamad telah pergi
Makna: Zahaba – Telah pergi Pada contoh ini, baris huruf akhir lafaz Muhamad hendaklah dibariskan dengan dhommah (depan). Mengapa?? Begini, pada contoh Muhamad telah pergi (terjemahan asal=Telah pergi muhamad). Telah pergi (zahaba) adalah pebuatan. Sedangkan Muhamad adalah orang yang melakukan perbuatan. Orang yang melakukan perbuatan di dalam Nahu disebut dengan istilah Fa’il. Dan, setiap fai’il hendaklah dibariskan dengan dhommah. Itulah sebabnya mengapa huruf akhir lafaz Muhamad dibaris depan.

Mudah Bukan?



Contoh 2:
Hasan telah memukul Muhamad
Makna: Daraba hasanun – Saya telah memukul (Melayu klasik=Telah memukul oleh saya)

Telah memukul adalah – Perbuatan


  • Hasan – (Fa’il) Orang yang melakukan perbuatan (pukul) - Lihat huruf akhir di baris depan!!!

  • Muhamad – orang yang terkena perbuatan (pukul)

  • Hasan sebagai Fai’l (yang melakukan perbuatan), perlulah dibaris depan.
  • Manakala Muhamad adalah orang yang terkena perbuatan – orang yang kena pukul. Di dalam Nahu, yang terkena perbuatan disebut sebagai Maf’ul Bih. Menurut kaedahnya, setiap lafaz yang menjadi maf’ul bih hendaklah dibaris atas. Oleh itu lafaz muhamad hendaklah dibariskan atas…

Mudah juga bukan…??

Contoh 3:
Farid mengambilnya dari Muhamad
Makna: Akhazahu – mengambilnya
Min – Dari / daripada Akhazahu – Perbuatan (Fi’il)
  • Farid – Orang yg melakukan perbuatan (fai’il) mengambil
  • Min – Disebut sbg huru JARR
  • Muhamad – terletak selepas huruf jarr, disebut sebg MAJRUR.
  • Lafaz (Farid), oleh kerana ia terletak di tempat fa’il (yg melakukan perbuatan), maka kita bariskan depan.
  • Lafaz (Min), adalah huruf Jarr. Huruf jarr ini fungsinya ialah membariskan huruf akhir lafaz selepasnya dengan baris bawah.
  • Lafaz (Muhamad) pula, terletak selepas huruf jarr (min). Maka lafaz (Muhamad) hendaklah dibariskan dengan baris bawah.
Lagi mudah kan???? SOROF pula…..

Ilmu sorof juga mudah. Kalau Nahu adalah ilmu bertindak mengawal baris huruf akhir agar ia sentiasa dibariskan dengan betul, sorof pula ialah ilmu yang mengawal baris huruf sebelum akhir. Contoh: Lafaz: Muhammad
  • Huruf akhir lafaz ini adalah (dal) – Baris huruf ini dikawal Nahu.
  • Huruf sebelum akhir ialah (Mim), (Ha), (Mim) – Baris huruf-huruf ini dikawal oleh Sorof. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan