Kitab Jami’ Ad-Durus al-Lughah Al-‘Arabiyyah ini terkenal dari kalangan penuntut ilmu Islam, dan ditulis oleh seseorang ulama’ yang produktif dan penyair berkebangsaan Lebonon, yaitu Syeikh Mushtafa bin Muhammad Salim Al-Ghulayaini .
Beliau lahir di Beriut pada tahun (1303 H/ 1886 M). Ketika Usia remaja, beliau kemudian pergi ke mesir dan di sana beliau berguru kepada Syeikh Muhammad ‘Abduh di Universiti Al-Azhar serta mendalami ilmu-ilmu syariat, bahasa dan sastera. Syeikh Musthofa al-Guhayaini pernah menerbitkan majalah An-Nibras sambil mengajar di beberapa Madrasah. Beliau menyusun kitab Jami’ Ad-Durus al-Lughah Al-‘Arabiyyah ini mengunakan bahasa yang sederhana dan mudah dipahami bagi para penuntut Ilmu Islam pemula, disertai contoh-contoh syair dan syawahid-nya, sehingga tidak aneh jika kitab ini pada tahun 1986 telah naik cetak ulang yang ke-21.
Dalam kitab ini, Syeikh Mushtafa membagi tiga juz perbahasan disertai syawahid syair karya Muhammad Haurai, sehingga dapat dikatakan bahawa kitab Al-Jami’ ini termasuk ensiklopedia nahwu dan shoraf. Beliau wafat di Beirut pada tanggal 17 Februari tahun 1944 Masihi bersamaan tahun Islam 1364 Hijrah.. Dan antara karya beliau yang lain ialah kitab dalam bidang bahasa dan sastra Arab, di antaranya Nazharat fi Al-lughah wa Al-Adab; Al-Islam Ruh Al-Nasyi’in; ‘Izhat An-Nasyi’in; Al-‘Ilmu Ad-Din; dan Diwan Al-Gulayaini. Dan lain-lainnya. Moga Allah meredhai,memberkati usaha beliau, dan menempatkan beliau dari kalangan para solihin dalam syurganya.. aminn ya robb.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan